Monday, April 26, 2010

SABTU 24 APRIL 2010

Kelas 4A / Masa 8.45-9.15 / PJK
Tunjang Gaya Hidup Sihat
Tajuk Pemakanan
Sub-Tajuk Piramid Makanan
Objektif Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
• Mengenal pasti empat kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan.
ABM Gambar poster
Aktiviti 1. Bersoal jawab tentang kumpulan makanan.
2. Melukis rajah Piramid Makanan.
Impak

Kelas : 6A / Masa : 9.15-9.45 / PJK
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Olahraga
SubTajuk : Lontar Peluru
Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Melakukan teknik lontar peluru dengan betul dan selamat 4 daripada 5 percubaan.
• Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 fasa-fasa lontar peluru.
ABM : Peluru, gelnggang lontaran
Aktiviti:
1. Memanaskan badan dan kelonggaran.
2. Pegangan peluru
a. Pegang peluru menggunakan tiga jari di tengah-tengah.
b. Ibu jari dan jari kelingking di sisi peluru.
c. Rapatkan peluru pada leher dan di bahagian bawah dagu.
3. Lontar peluru gaya berdiri
a. Berdiri sisi, buka kaki seluas bahu.
b. Bahu kiri menghadap arah lontaran, fleksi badan secara mengiring, bawa tubuh ke hadapan dan lepaskan.
c. Bongkokkan badan serendah mungkin dan gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.
d. Ayun lengan kiri ke belakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.
e. Gerakkan siku serta tangan ke atas. Lepaskan peluru.
f. Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kanan.
4. Gerak kendur.
Impak :

No comments:

Post a Comment