Tuesday, April 20, 2010

KHAMIS 22 APRIL 2010

Kelas : 6A / Masa : 7.45-8.15 / PJK
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Olahraga
SubTajuk : Lontar Peluru
Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Melakukan teknik lontar peluru dengan betul dan selamat 4 daripada 5 percubaan.
• Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 fasa-fasa lontar peluru.
ABM : Peluru, gelnggang lontaran
Aktiviti:
1. Memanaskan badan dan kelonggaran.
2. Pegangan peluru
a. Pegang peluru menggunakan tiga jari di tengah-tengah.
b. Ibu jari dan jari kelingking di sisi peluru.
c. Rapatkan peluru pada leher dan di bahagian bawah dagu.
3. Lontar peluru gaya berdiri
a. Berdiri sisi, buka kaki seluas bahu.
b. Bahu kiri menghadap arah lontaran, fleksi badan secara mengiring, bawa tubuh ke hadapan dan lepaskan.
c. Bongkokkan badan serendah mungkin dan gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.
d. Ayun lengan kiri ke belakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.
e. Gerakkan siku serta tangan ke atas. Lepaskan peluru.
f. Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kanan.
4. Gerak kendur.
Impak :

Kelas 6C/ Masa 8.45-9.45/ SN

Perbincangan dan Analisis Kertas Ujian UBB2

Impact

Kelas : 6A / Masa : 10.45-11.15 / KT
Tajuk : Implikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Sub-Tajuk : Kegiatan Ekonomi Dan Pencemaran
• Pencemaran
Objektif : Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Menyatakan punca berlakunya pencemaran akibat daripada kegiatan ekonomi.
• Menghubungkaitkan kesan pencemaran terhadao tumbuhan, hidupan laut, haiwan dan manusia.
ABM : Gambar kawasan tercemar, Borang pengurusan grafik, Buku teks
Aktiviti :
1. Berbincang tentang gambar pencemaran.
2. Menyatakan jenis-jenis pencemaran.
3. Mengkaji punca pencemaran (BT. Hlm. 45-48)
4. Melengkapkan borang pengurusan grafik.
Impak :

Kelas 6A / Masa 12.15-1.15/ SN

Perbincangan dan Analisis Kertas Ujian UBB2

Impact

No comments:

Post a Comment