Saturday, July 17, 2010

KHAMIS 01 JULAI 2010

Kelas : 6A / Masa : 8.45-9.15 / PJK
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Sepak Takraw
SubTajuk : 3. Merejam
Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
· Melakukan 4 kemahiran asas sepak takraw dengan baik.
· Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti.
ABM : Bola takraw, wisel, jaring
Aktiviti:
1. Memanaskan badan dan regangan.
2. Merejam gunting.
a. Mata memandang bola.
b. Lonjak dengan kaki kiri serentak dihayunkan kaki kanan tinggi ke atas.
c. Rejam bola dengan bahagian kekura kaki.
d. Mendarat dengan kaki kiri.
e. Gunakan tangan untuk imbangan
3. Rejaman tapak
Lonjak dengan kaki sokongan.
Angkat kaki kanan tinggi ke arah bola.
Rejam bola dengan tapak kaki.
Gunakan tangan sebagai imbangan.
Lutut diluruskan selepas sentuhan.
4. Gerak kendur otot.
Impak :


Kelas : 4A / Masa : 8.45-9.15 / PJK
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Permainan Hoki
SubTajuk : 1. Memukul
2. Menolak dan Menahan
Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
· Melakukan 4 kemahiran asas permainan hoki dengan teknik yang betul dan selamat.
ABM : Wisel, skital, kayu hoki, bola hoki, bola getah saiz 3
Aktiviti:
1. Memanaskan badan dan regangan.
2. Memukul.
a. Pegang kayu – tangan kiri atas, tangan kanan bawah, rapat di pangkal kayu hoki.
b. Kedudukan kaki – kiri depan, kanan belakang.
c. Mata – tengok bola.
d. Bahu – mengarah ke bola.
e. Teknik – angkat kayu ke belakang aras bahu dan hayun ke hadapan ikut lajak.
f. Contact Point – bahagian leper di tengash lengkung kayu.
g. Kedudukan bola – di antara dua kaki.
3. Menolak dan Menahan
Menolak tanpa bola
Menolak dan menahan bola getah saiz 3.
Menolak bola hoki dan menahan dari jarak 2 hingga 5 meter.
4. Gerak kendur otot.
Impak :


Kelas : 6C / 12.45 - 1.15 / KT
Tajuk : Kemerdekaan Malaysia
Sub-Tajuk : Ke Arah Kemerdekaan
· Pilihan Raya 1955
· Rombongan Merdeka 1956
Objektif : Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
· Menjelaskan kepentingan pilihan raya 1955.
· Menyenaraikan tokoh yang menyertai rombongan mendapatkan kemerdekaan.
· Menghuraikan peristiwa ke arah kemerdekaan mengikut kronologi.
ABM : Buku teks
Aktiviti :
1. Mendapatkan maklumat tentang pilihan raya 1955. (BT. Hlm. 62).
2. Menjelaskan rombongan Merdeka 1956.
3. Menyenaraikan tokoh-tokoh yang menyertai rombongan ke London. (BT. Hlm. 63)
4. Maklumat tentang peristiwa ke arah kemerdekaan mengikut kronologi.
Impak :

No comments:

Post a Comment