Kelas : 6C / Masa : 7.45-8.45 / PJK
Tunjang : Kesukanan
Tajuk : Etika Sukan
SubTajuk : Pengelolaan Pertandingan
Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Menyata dan menyenaraikan Jawatankuasa pertandingan.
ABM : Gambar, Kad Perkataan, carta
Aktiviti:
1. Menerangkan prinsip-prisip moral dan nilai-nilai akhlak serta tingkah laku atau etika.
2. Perbincangan mengenai perkara-perkara yang perlu diambil semasa membentuk jawatankuasa sesuatu pertandingan.
3. Menetapkan peraturan-peraturan pertandingan.
4. Menyediakan sistem pertandingan.
5. Melaporkan hasil dapatan.
Impak :
Kelas : 4A / Masa : 8.45-9.15 / PJK
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Permainan Bola Sepak
SubTajuk : 1. Menyerkap
2. Menjaga Gol
Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Melakukan 5 daripada 6 kemahiran asas bola sepak dengan teknik yang betul dan selamat.
• Menyatakan sekurang-kurangnya 3 ciri keselamatan semasa melakukan aktiviti.
ABM : Bola sepak, skital, jaring
Aktiviti:
1. Memanaskan badan dan kelonggaran.
2. Menyerkap
a. Meleret bola ke arah murid dan serkap.
b. Melambung bola rendah dan serkap.
c. Melambung bola tinggi dan serkap.
3. Menjaga gol
a. Menangkap bola leret.
i. Melutut dan tangkap bola leret perlan.
ii. Berdiri dan tangkap bola leret laju.
iii. Menangkap bola leret yang datang dari pelbagai arah.
b. Menangkap bola tinggi.
i. Berdiri dan tangkap bola tinggi.
ii. Berlari ke hadapan dan tangkap bola tinggi.
iii. Berlari ke sisi (kiri / kanan) dan tangpak bola tinggi.
4. Gerak kendur.
Impak :
Kelas : 6C / 11.15-12.15 / KT
Tajuk : Warisan Negara
Sub-Tajuk : A. Warisan Sejarah
i. Bangunan Bersejarah
ii. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Objektif : Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Menyenaraikan bangunan yang menjadi warisan kebanggaan negara.
• Menjelaskan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah.
ABM : Gambar-gambar bangunan dan binaan, Borang Pengurusan Grafik, Buku teks
Aktiviti :
1. Merujuk BT. Hlm 78-79 mendapatkan maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad dan Bangunan Stadhuys.
2. Melengkapkan borang pengurusan grafik.
3. Merujuk BT. Hlm 80 mendapatkan maklumat tentang usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita.
4. Membina peta minda tentang pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita.
Impak :
Tuesday, August 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment