Sunday, August 1, 2010

KHAMIS 29 JULAI 2010

Kelas : 6C / Masa : 7.45-8.45 / PJK
Tunjang : Kesukanan
Tajuk : Keselamatan
SubTajuk : Keselamatan Semasa Beraktiviti
Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Menyata dan menyenaraikan 4-5 langkah keselamatan semasa beraktiviti.
ABM : Gambar, Kad Perkataan, carta
Aktiviti:
1. Maksud rekreasi dan langkah-langkah yang harus diambil semasa melakukan aktiviti.
2. Langkah keselamatan semasa beraktiviti.
a. Perbincangan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil semasa melakukan aktiviti.
a. Melaporkan asil perbincangan.
3. Kawasan rekreasi
a. Perbincangan mengenai kawasan yang selamat untuk beraktiviti.
4. Rumusan- melengkapkan lembaran kerja.
Impak :

Kelas : 4A / Masa : 8.45-9.15 / PJK
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Permainan Bola Sepak
SubTajuk : 1. Menendang
2. Mengelecek
Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Melakukan 5 daripada 6 kemahiran asas bola sepak dengan teknik yang betul dan selamat.
• Menyatakan sekurang-kurangnya 3 ciri keselamatan semasa melakukan aktiviti.
ABM : Bola sepak, skital, jaring
Aktiviti:
1. Memanaskan badan dan kelonggaran.
2. Menendang
a. Berdiri statik dan sepak leret ke sasaran berjarak 5 meter.
b. Ambil beberapa langkah dan tendang leret jarak 5 meter.
3. Mengelecek
a. Mengelecek bola di celah skital yang berjarak 2 meter.
b. Mengelecek bola di celah skital yang berjarak 1 meter.
4. Gerak kendur.
Impak :

Kelas : 6C / 12.45-1.15 / KT
Tajuk : Pembentukan Malaysia
Sub-Tajuk : B. Peristiwa Pembentukan Malaysia
i. Perisytiharan Malaysia pada 16 September 1963
ii. Keanggotaan Malaysia selepas 9 Ogos 1965
Objektif : Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Menyatakan tarikh pembentukan Malaysia.
• Menyenaraikan anggota yang menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
• Menyenaraikan anggota yang menyertai Malaysia selepas 9 Ogos 1965.
• Menjelaskan peristiwa pembentukan Malaysia secara kronologi.
ABM : Peta Asia Tenggara, Lirik lagu ” Malaysia Kita”, Borang Pengurusan Grafik, Buku teks
Aktiviti :
1. Merujuk BT. Hlm 74 mendapatkan maklumat tarikh dan anggota pembentukan Malaysia.
2. Melebalkan peta Malaysia A negeri yang menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
3. Melebalkan peta Malaysia B negeri dalam Malaysia selepas 9 Ogos 1965.
4. Merujuk BT. Hlm 75 untuk memahami peristiwa pembentukan Malaysia secara kronologi.
Impak

No comments:

Post a Comment