Kelas : 6C / Masa : 7.45-8.45 / PJK
Tunjang : Kesukanan
Tajuk : Pengurusan Diri
SubTajuk : Pengurusan Makanan Untuk Ahli Sukan
Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Menyata dan menyenaraikan 4-5 jenis makanan yang sesuai untuk ahli sukan sebelum dan semasa pertandingan.
ABM : Gambar, Kad Perkataan, carta
Aktiviti:
1. Pamer gambar jenis-jenis makanan dan menamakan jenis makanan tersebut.
2. Makanan yang sesuai untuk ahli sukan.
a. Perbincangan mengenai makanan yang sesuai untuk ahli sukan sebelum dan semasa pertandingan.
b. Melaporkan asil perbincangan.
3. Penjagaan kesihatan
a. Jenis-jenis makanan yang lain termasuk minutan dan ubat-ubatan yang memberi tenaga.
4. Rumusan- melengkapkan lembaran kerja.
Impak :
Kelas : 4A / Masa : 8.45-9.15 / PJK
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Permainan Bola Sepak
SubTajuk : 1. Menendang
2. Mengelecek
Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Melakukan 5 daripada 6 kemahiran asas bola sepak dengan teknik yang betul dan selamat.
• Menyatakan sekurang-kurangnya 3 ciri keselamatan semasa melakukan aktiviti.
ABM : Bola sepak, skital, jaring
Aktiviti:
1. Memanaskan badan dan kelonggaran.
2. Menendang
a. Berdiri statik dan sepak leret ke sasaran berjarak 5 meter.
b. Ambil beberapa langkah dan tendang leret jarak 5 meter.
3. Mengelecek
a. Mengelecek bola di celah skital yang berjarak 2 meter.
b. Mengelecek bola di celah skital yang berjarak 1 meter.
4. Gerak kendur.
Impak :
Kelas : 6C / 12.45-1.15 / KT
Tajuk : Pembentukan Malaysia
Sub-Tajuk : A. Latar Belakang
i. Idea Pembentukan Malaysia
ii. Gagasan Awal
iii. Tokoh-tokoh
Objektif : Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Menyatakan tokoh pencetus idea pembentukan Malaysia.
• Menyatakan negeri dalam gagasan awal pembentukan Malaysia.
• Menjelaskan tujuan gagasan awal pembentukan Malaysia.
• Menyenaraikan tokoh yang terlibat dalam pembentukan Malaysia.
ABM : Peta Asia Tenggara, Peta Malaysia, Gambar-gambar foto tokoh, Borang Pengurusan
Grafik, Buku teks
Aktiviti :
1. Melengkapkan borang pengurusan grafik tentang peristiwa yang berkaitan dengan idea pembentukan Malaysia.
2. Mendapatkan maklumat idea pembentukan Malaysia.(BT.Hlm. 72)
3. Melengkapkan peta Malaysia untuk menyatakan negeri gagasan Malaysia. (BT. Hlm. 72).
4. Membuat catatan di atas peta tentang tujuan awal pembentukan Malaysia.
5. Mengumpul maklumat tentang tokoh-tkoh yang terlibat dalam gagasan pembentukan Malaysia. (BT. Hlm. 73)
Impak :
Saturday, July 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment