Monday, January 9, 2012

SELASA, 10 JANUARI 2012

Kelas & Masa : 6C 7.45-8.15, 6D 8.15-8.45 , 6B 8.45-9.15 / Mata pelajaran : PJK
Tunjang : Kecergasan Fizikal
Tajuk : Daya Tahan Kardiovaskular
SubTajuk : Fartlek
Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Melakukan aktiviti fartlek dengan arahan dengan betul dan selamat selama 10 – 15 minit.
• Menyatakan 3 otot besar yang terlibat semasa melakukan aktiviti.
ABM : Wisel, jam randik, skital
Aktiviti:
1. Memanaskan badan – regangan otot.
2. Aktiviti larian yang kelajuannya diubah:
a. Berjogging
b. Berlari dengan langkah panjang
c. Berlari pecut
d. Berjalan
3. Aktiviti gerak kendur otot.
Impak :

Kelas / Masa / MP 4B / 11.15 – 12.15 / KH
Bidang Pembelajaran 1. Reka Bentuk dan Teknologi
Unit 1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel
Tajuk a. Peraturan keselamatan
Objektif Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
• Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti
• Mempraktikkan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat
ABM Buku teks
Aktiviti
1. Guru menerangkan dan membincangkan :
a. Langkah keselamatan
b. Cara menyimpan alatan dan bahan secara tersusun, teratur dan selamat
c. Pengenalan kepada kit pertolongan cemas
d. Murid perlu melaporkan kepada guru jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan
e. Mencatat rekod kemalangan kecil dan kecederaan dalam buku rekod kecederaan
f. Memberi penerangan mengenai cara memadamkan kebakaran
Impak

No comments:

Post a Comment